•  Utama
  •  Log Masuk
    Bahasa Melayu | English

MyOnline Pasport - PERMOHONAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA (PMA)

PENGENALAN

MyONLINE* PASPORT  adalah satu kaedah sebagai kemudahan kepada warganegara Malaysia membuat permohonan PEMBAHARUAN Pasport Malaysia Antarabangsa secara dalam talian.

Bayaran hendaklah dilakukan secara dalam talian menggunakan Kad Debit / Kad Kredit / Perbankan Internet (FPX).


TEMPOH PENGELUARAN PASPORT

Pemohon boleh memilih untuk mengambil pasport di pejabat pengeluar pasport yang disenaraikan dalam sistem.


SPESIFIKASI FOTO PASPORT


150x150
  • Latar belakang foto MESTI berwarna putih tanpa bayang. Latar belakang menggunakan warna lain tidak akan diterima.
  • Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada.
  • Pemohon perempuan yang memakai tudung atau hijab hendaklah memakai tudung atau hijab yang berwarna gelap, tidak bercorak dan tidak boleh menutupi muka.
  • Pemohon tidak dibenarkan memakai cermin mata, kanta lekap dan sebarang aksesori pada muka, telinga dan kepala.
  • Gambar yang dimuat naik adalah wajah terkini(gambar yang diambil dalam masa 1 bulan).
  • Sila lihat gambar contoh untuk keterangan lanjut.
Permohonan akan DITANGGUHKAN jika foto tidak menepati spesifikasi yang telah ditetapkan dan pemohon hendaklah muat naik semula foto yang baharu.

TERMA & SYARAT

1. Pemohon hendaklah berumur 13 tahun dan ke atas.

2. Pemohon dikehendaki mengisi maklumat yang benar dan tepat di dalam ruangan yang disediakan dalam sistem.

"Jika terdapat maklumat/akuan palsu, permohonan akan ditolak dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 12(1)(c) Akta Pasport 1966 (Akta 150)."

3. Bagi pemohon berumur di bawah 18 tahun, Ibu/Bapa/Penjaga yang sah hendaklah hadir semasa pungutan pasport. Pasport tidak akan diserahkan kepada pemohon jika Ibu/Bapa/Penjaga yang sah tidak hadir bersama.

4. Pemohon dikehendaki muat naik foto wajah terkini mengikut ukuran dan spesifikasi yang ditetapkan.

5. Kadar bayaran adalah seperti berikut:

a. Pemohon yang berumur 13 hingga 59 tahun - RM 200

b. Pemohon yang berumur 60 tahun dan ke atas - RM 100

6. Pemohon bagi kategori berikut tidak boleh memohon secara dalam talian dan dikehendaki hadir ke kaunter.

a. Orang Kurang Upaya (OKU)

b. Kanak-kanak berumur 13 tahun ke bawah

c. Pelajar yang akan menyambung pengajian ke luar negara peringkat Ijazah Sarjana Muda

d. Jemaah haji

7. Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas dikehendaki hadir untuk lakukan pungutan pasport dengan mengemukakan MyKad, Pasport Semasa dan cetakan resit bayaran.

8. Pemohon berumur di bawah 18 tahun dikehendaki hadir bersama Ibu/Bapa/Penjaga yang sah untuk lakukan pungutan pasport dengan mengemukakan MyKad Pemohon, Sijil Lahir Pemohon, Pasport Semasa Pemohon, MyKad Ibu/Bapa/Penjaga yang sah yang hadir bersama dan cetakan resit bayaran.

9. Pasport semasa hendaklah berada dalam keadaan baik (tidak rosak / tidak berconteng / tidak terkena air / tidak terbakar).

10. Pasport semasa hendaklah berada dalam simpanan (tidak hilang).

11. Warganegara Malaysia yang berada di luar negara secara tidak sah atau tidak memiliki visa/pas jangka panjang adalah tidak dibenarkan untuk membuat permohonan pembaharuan pasport secara dalam talian.

12. Keputusan TOLAK boleh diberikan kepada permohonan yang tidak mengikut syarat yang ditetapkan dan wang bayaran TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN (No Refund)

Notis

1. Sekiranya terdapat sebarang masalah berkenaan bayaran, anda perlu membuat semakan dengan pihak bank.

2. Sekiranya permohonan terdapat ralat 'Permohonan Bermasalah. Sila Rujuk Pejabat Imigresen', bermaksud permohonan anda tidak boleh dilaksanakan secara dalam talian disebabkan oleh:

2.1 Data cap jari anda yang tersimpan telah rosak/tiada dan perlu lakukan imbasan semula cap jari di kaunter.

2.2 Anda tidak memenuhi syarat-syarat seperti yang telah dimaklumkan dalam laman web 'MyOnline*Pasport'.

2.3 Maklumat yang dimasukkan tidak tepat/bercanggah dalam sistem.




Sila klik "Setuju" jika anda bersetuju mengikuti terma dan syarat yang dinyatakan.

Upload Photo Additional Info

  • Pemohon boleh menggunakan aplikasi Passport Photo Editor ( https://play.google.com/store/apps/details?id=np.com.njs.autophotos) untuk menyunting gambar yang diambil bagi memenuhi spesifikasi gambar yang diperlukan sebelum memuat naik gambar sewaktu permohonan. Applicants can use Pasport Photo Editor ( https://play.google.com/store/apps/details?id=np.com.njs.autophotos ) to edit photo to comply to the specifications before uploading.
  • Pemohon juga diingatkan untuk memastikan kamera telefon tidak menghasilkan imej cerminan (mirroring) yang mana hasil gambar adalah berlawanan atau terbalik daripada imej yang sebenar. Applicants must make sure that the camera do not generate mirror image. The mirror image will be opposite form actual features.
  • Aplikasi ini merupakan produk pihak ketiga yang tiada kaitan dengan Jabatan ini dan Jabatan tidak bertanggungjawab di atas penggunaannya. Applications used might be from third party, the Department is not liable for any damages done while or after using the applications.

MyIMMs - eServices | © Jabatan Imigresen Malaysia        Keperluan Laman Web | Pelayar yang disyorkan : Firefox 30+,Safari 7+, Internet Explorer 11+


Validation

Are you sure want to Log Out?
Yes 

Validation

Anda pasti untuk Log Keluar?
Yes