•  Home
  •  Login

MyOnline Permit

Pengenalan


MyONLINE*PERMIT merupakan kemudahan permohonan Permit Masuk secara atas talian yang dibangunkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Kemudahan ini diwujudkan bagi memenuhi keperluan dan selaras dengan kehendak serta hala tuju Jabatan dan Kementerian.

Terma dan Syarat

  1. Permohonan perlu dikemukakan di Pejabat Imigresen Negeri berdasarkan alamat tempat tinggal terkini pemohon.
  2. Permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat kelayakan sahaja yang akan diproses dan dipertimbangkan keputusan. Sila semak portal dan pastikan anda telah memenuhi syarat kelayakan sebelum mengemukakan permohonan.
  3. Sila pastikan maklumat yang dikemukakan adalah tepat dan terkini. Menjadi tanggungjawab pemohon dan penaja untuk memaklumkan sebarang pertukaran maklumat bagi pemohon atau penaja semasa dalam tempoh pemprosesan permohonan. Kegagalan berbuat demikian mungkin akan menjejaskan kelancaran proses keputusan permohonan.
  4. Pemohon akan dihubungi melalui email atau SMS bagi pemakluman tarikh temuduga setelah permohonan diproses dan telah melepasi syarat kelayakan.
  5. Pemohon perlu hadir bersama-sama penaja dengan mengemukakan DOKUMEN SOKONGAN yang ASAL semasa menghadiri sesi temuduga di Pejabat Imigresen dengan membawa slip pre-PENDAFTARAN yang telah dicetak.
  6. Status keputusan permohonan boleh disemak melalui portal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia.
  7. Bayaran dokumen Permit Masuk ialah: RM120.00 ** Bayaran perlu dilakukan secara debit atau kad kredit semasa proses pengeluaran Permit Masuk dilakukan dengan kehadiran pemohon dan penaja.

Sila klik "Setuju" jika anda bersetuju mengikuti terma dan syarat yang dinyatakan.


Setuju

MyIMMs - eServices | © Jabatan Imigresen Malaysia        Keperluan Laman Web | Pelayar yang disyorkan : Firefox 30+,Safari 7+, Internet Explorer 11+


Validation

Are you sure want to Log Out?
Yes