TEMPOH PERLAKSANAAN :
TARIKH MULA : 27 JANUARI 2023
TARIKH TAMAT : 31 DISEMBER 2023
|
TEMPOH PERLAKSANAAN :
TARIKH MULA : 1 JULAI 2023
TARIKH TAMAT : 30 JUN 2024
|
KOS BAYARAN |
- TIADA wang cagaran dikenakan
- Fi rekalibrasi RM 1,500.00 (seorang)
- Levi
i. sektor Perkilangan, Pembinaan, Perlombongan & Pengkuarian, Pengawal Keselamatan dan Perkhidmatan RM 1,850.00
ii. sektor Perladangan dan Pertanian RM 640.00
- Pas RM60.00
- Proses RM125.00, dan
- Visa (mengikut warganegara)
|
- TIADA wang cagaran dikenakan
- Fi rekalibrasi RM1,500.00 (seorang)
- Levi
i. Sektor Pertanian RM410.00
ii. Sektor Perladangan RM590.00
iii. Sektor Perkilangan RM1,010.00
iv. Sektor Pembinaan RM1,010.00
v. sektor Perkhidmatan RM1,490.00
vi. Sektor Perlombongan dan Pengkuarian RM1,490.00
vii. Sektor Pembantu Rumah Asing RM410.00
- Pas RM60.00
- Proses RM125.00
- Visa (Mengikut Warganegara)
|
SYARAT KELAYAKAN (MAJIKAN) |
- Hanya majikan yang sah daripada sektor Perkilangan, Pembinaan, Pertanian, Perladangan, Perlombongan & Pengkuarian, Pengawal Keselamatan warganegara Nepal (lelaki), Pembantu Rumah Asing (PRA) dan Perkhidmatan;
- Sub Sektor Perkhidmatan seperti - Restoran, Pembersihan & Pencucian, Borong & Runcit, Pengendalian Kargo, SPA, Refleksologi, Kedi(Lelaki), Hotel, Resort di Pulau Peranginan, Dobi, Logam/Barang Lusuh dan Gudang Darat;
- Sektor Beku (TIDAK DIBENARKAN) - Perniagaan Tekstil, Tukang Emas, Tukang Gunting Rambut, Rumah Kebajikan dan Kitar Semula;
- Tertakluk kepada kuota yang diluluskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk Pengawal Keselamatan;
- Pematuhan kepada syarat-syarat penggajian pekerja asing sedia ada seperti warganegara, jantina, had umur, bayaran levi, kelayakan pas dan sebagainya; DAN
- Tidak berada dalam Senarai Disyaki dan Senarai Hitam;
|
- Hanya majikan yang sah daripada sektor Perkilangan, Pembinaan, Pertanian, Perladangan, Perlombongan & Pengkuarian, Pembantu Rumah Asing (PRA) dan Perkhidmatan;
- Sub Sektor Perkhidmatan seperti - Restoran/Kedai Makan, Pembersihan & Pencucian, Borong & Runcit, Pengendalian Kargo, SPA, Premis Kesejahteraan dan Urutan, Dobi, Logam/Barang Lusuh dan Gudang Darat;
- Sektor Beku (Tidak Dibenarkan) - Perniagaan Tekstil, Tukang Emas, Tukang Gunting Rambut, Rumah Kebajikan dan Kitar Semula;
- Tertakluk kepada Kelulusan oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTKS)
- Pematuhan kepada syarat-syarat penggajian pekerja asing sedia ada seperti warganegara, jantina, had umur, bayaran levi, kelayakan pas dan sebagainya; DAN
- Tidak berada dalam Senarai Disyaki dan Senarai Hitam;
|
SYARAT KELAYAKAN (PATI) |
Terbuka kepada warga asing seperti berikut:
- Hanya 15 negara sumber SAHAJA untuk lain-lain sektor (Indonesia, Bangladesh, Thailand, India, Filipina, Kemboja, Laos, Nepal, Myanmar, Sri Lanka, Vietnam, Pakistan, Turkmenistan, Uzbekistan, Kazakhstan);
- PATI yang telah melakukan kesalahan pada atau sebelum 31 Disember 2022 dibawah;
- Seksyen 6(1)(c) iaitu masuk dan tinggal di negara ini tanpa mempunyai pas yang sah di bawah Akta Imigresen 1959/63;
- Seksyen 15(1)(c) iaitu tinggal lebih masa di bawah Akta Imigresen 1959/63;
- Peraturan 39(b) iaitu melanggar syarat pas di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen, 1963;
- PATI yang telah mendaftar di bawah Program Rehiring serta 6P dan telah tamat tempoh PLKS layak memohon;
- PATI yang mempunyai dokumen perjalanan negara asal yang masih sah laku sekurang-kurangnya 18 bulan;
- Tidak berada dalam Senarai Disyaki dan Senarai Hitam;
- Kelayakan umur bagi PATI adalah 18 ke atas tertakluk kepada saringan pemeriksaan kesihatan (FOMEMA) (fit to work) ;
- Pekerja yang telah mencukupi tempoh bekerja perlu dihantar pulang ke negara asal melalui Memo Periksa Keluar (C.O.M) ke negara asal.
|
Terbuka kepada warga asing seperti berikut:
- Hanya 16 negara sumber SAHAJA untuk lain-lain sektor (Indonesia, Bangladesh, Thailand, India, Filipina, Kemboja, Laos, Nepal, Myanmar, Sri Lanka, Vietnam, Pakistan, Turkmenistan, Uzbekistan, Kazakhstan dan China);
- PATI yang telah melakukan kesalahan sebelum atau pada 31 Disember 2022 dibawah;
- Seksyen 6(1)(c) iaitu masuk dan tinggal di negara ini tanpa mempunyai pas yang sah di bawah Akta Imigresen 1959/63;
- Seksyen 15(1)(c) iaitu tinggal lebih masa di bawah Akta Imigresen 1959/63;
- Peraturan 39(b) iaitu melanggar syarat pas di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen, 1963;
- PATI yang telah mendaftar di dalam Program 6P dan telah tamat tempoh PLKS layak memohon;
- PATI yang mempunyai dokumen perjalanan negara asal yang masih sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan;
- Tidak berada dalam Senarai Disyaki dan Senarai Hitam;
- Kelayakan umur bagi PATI adalah 18 ke atas tertakluk kepada saringan pemeriksaan kesihatan (fit to work);
- Pekerja yang telah mencukupi tempoh bekerja perlu dihantar pulang ke negara asal melalui Memo Periksa Keluar (C.O.M) ke negara asal.
|