ID PENGGUNA
1. Apakah itu ID Pengguna ePLKS@JIM?
ID Pengguna ialah ID yang digunakan untuk mengakses sistem Lanjutan Pas Lawatan (Kerja Sementara) (PL (KS)) secara online (https://imigresen-online.imi.gov.my)
2. Apakah kategori ID Pengguna di ePLKS@JIM?
Terdapat 2 jenis ID Pengguna iaitu bagi Pembantu Rumah Asing (PRA) dan Pekerja Asing (PA) Pelbagai Sektor
3. Apakah perbezaan kategori ID Pengguna di ePLKS@JIM?
PRA: Hanya untuk lanjutan PL (KS) bagi pembantu rumah asing sahaja
PA: Untuk lanjutan PL (KS) pekerja asing bagi sektor selain dari PRA
4. Bagaimanakah kaedah/cara untuk mendapatkan ID?
PRA: Majikan boleh terus mendaftar secara atas talian melalui menu Pendaftaran Permohonan Baru (PRA) yang disediakan dalam portal Sistem ePLKS@JIM
PA: Majikan/wakil majikan boleh menghantar permohonan pendaftaran ID melalui menu Pendaftaran Permohonan Baru (Pelbagai Sektor) yang disediakan dalam portal Sistem ePLKS@JIM
5. Berapakah tempoh masa diperlukan untuk mendapatkan ID?
PRA: ID dan kata laluan dijana secara 'real-time' setelah majikan berjaya membuat pendaftaran ID. Notifikasi ID dan kata laluan akan dihantar terus melalui emel kepada majikan.
PA: ID serta kata laluan akan di hantar kepada majikan melalui emel setelah mendapat kelulusan daripada pihak JIM
6. Sekiranya saya pernah mendaftar melalui SMO, bolehkah saya menggunakan ID tersebut untuk membuat permohonan lanjutan PL (KS) melalui ePLKS@JIM?
Boleh, ID serta kata laluan yang digunakan semasa mendaftar SMO boleh digunakan untuk proses lanjutan PL (KS) melalui sistem ePLKS@JIM
7. Adakah wakil majikan boleh mewakili lebih dari 1 syarikat?
Sistem membenarkan individu mewakili lebih dari 1 syarikat dan mestilah berdaftar di OSC KDN terlebih dahulu.
8. Majikan/wakil majikan tidak menerima emel notifikasi?
Majikan/wakil majikan perlu memastikan alamat emel yang didaftarkan adalah betul dan sah bagi memudahkan notifikasi dapat dihantar kepada emel penerima.
9. Apakah kriteria yang diperlukan untuk dilantik sebagai wakil syarikat?
Wakil syarikat mestilah warganegara Malaysia yang disahkan oleh majikan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan.
10. Bagaimanakah majikan/wakil majikan ingin menyemak status ID majikan/wakil majikan Pekerja Asing telah wujud atau belum?
Majikan/wakil majikan boleh menyemak status ID mereka telah wujud atau belum di menu Pendaftaran Semakan Permohonan (Pelbagai Sektor)
11. Bagaimanakah cara untuk set semula (reset) kata laluan sekiranya pengguna lupa kata laluan sedia ada?
a. Klik butang 'Lupa Kata Laluan' pada paparan log masuk
b. Keluar paparan ralat pemulihan kata laluan berjaya dihantar
c. Emel kata laluan akan dihantar ke emel majikan
12. Bolehkah saya menggunakan ID yang sama untuk permohonan ePLKS Pekerja Asing dan Pembantu Rumah Asing?
Tidak boleh.
13. Adakah aplikasi ePLKS boleh dicapai melalui telefon bimbit?
Ya dan ianya hanya boleh dicapai melalui web browser.
14. Bolehkah individu lain membuat permohonan bagi pihak saya?
Tidak boleh. Hanya individu yang telah berdaftar dan mempunyai ID sahaja dibenarkan membuat permohonan.
15. Adakah saya boleh mengemukakan permohonan PLIK dan Pas Penggajian?
Tidak boleh.
TATACARA PERMOHONAN
16. Apakah jenis permohonan yang dibenarkan dimohon melalui sistem ePLKS@JIM?
Permohonan yang dibenarkan dimohon melalui sistem ePLKS@JIM adalah:
a. Permohonan Lanjutan PL(KS) PA dan PRA
b. Permohonan eSP bagi PA dan PRA
c. Permohonan eCOM bagi PA dan PRA
17. Apakah yang dimaksudkan dengan permohonan eSP dan eCOM?
a. Permohonan eSP bagi PA dan PRA – Permohonan Pas Khas bagi PA dan PRA yang telah tamat tempoh PLKS sebelum meneruskan pelanjutan PLKS atau permohonan Memo Periksa Keluar (COM).
b. Permohonan eCOM bagi PA dan PRA – Permohonan Memo Periksa Keluar (COM) bagi PA dan PRA yang ingin menamatkan tempoh perkhidmatan dan pulang ke negara asal.
18. Adakah pekerja yang mempunyai rekod Senarai Syak, Senarai Hitam dan kes lari boleh mengemukakan permohonan melalui ePLKS?
Tidak boleh.
A. Permohonan Lanjutan PL (KS)
19. Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk membuat permohonan lanjutan ePLKS?
Boleh rujuk portal ePLKS di halaman syarat-syarat utama (https://imigresen-online.imi.gov.my)
20. Bilakah sepatutnya saya boleh mengemukakan permohonan lanjutan ePLKS?
Permohonan boleh dibuat seawal 3 bulan dari tarikh tamat pas sehingga pas masih sah berlaku.
21. Jika pasport tidak cukup tempoh 12 bulan dan telah memperolehi passport baru, apakah tindakan yang perlu saya lakukan?
Majikan/Wakil majikan perlu hadir ke kaunter JIM untuk mengemaskini maklumat passport baru sebelum meneruskan permohonan.
22. Jika kelulusan telah dibuat, didapati pasport rosak atau hilang, apakah yang perlu saya lakukan?
Rujuk ke kaunter JIM untuk pembatalan permohonan. Majikan perlu mengemukakan permohonan semula setelah passport baru diperolehi.
23. Apakah sektor yang dibenarkan untuk lanjutan ePLKS?
a. Pelbagai sektor bagi tahun ke 2 hingga tahun ke 13 sahaja
b. Pengawal Keselamatan bagi tahun ke 2 sehingga tahun ke 10 sahaja.
c. Pembantu Rumah Asing - Tiada had tahun pelanjutan
d. Jangka Pendek (Sektor Tradisi, Tomyam dan anak kapal) - Tidak dibenarkan.
24. Bilakah majikan perlu membuat pemeriksaan bagi Pekerja Asing atau Pembantu Rumah bagi tujuan pelanjutan PL (KS)?
Majikan perlu memastikan PA/PRA menjalani pemeriksaan kesihatan bagi pelanjutan tahun ke 2, ke 3 dan seterusnya bagi pelanjutan PL (KS) bagi bilangan lanjutan tahun ganjil.
25. Berapa lamakah tempoh sahlaku status perubatan PA/PRA?
Status perubatan hanya sah berlaku untuk tempoh 6 bulan di Jabatan Imigresen dari tarikh pemeriksaan perubatan.
26. Sekiranya keputusan pemeriksaan kesihatan PA/PRA 'Unfit', adakah layak untuk membuat permohonan lanjutan PL (KS)?
Tidak layak, majikan perlu menamatkan perkhidmatan PA/PRA dan perlu menghantar pulang PA/PRA ke negara asal. Majikan perlu kemukakan permohonan eCOM sebelum proses penghantaran pulang.
27. Adakah majikan perlu mendaftar dan mencarum Skim Bencana Kerja Pekerja Asing (SBKPA) melalui PERKESO untuk Pekerja Asing bagi tujuan pelanjutan PL (KS)?
Majikan perlu memastikan Pekerja Asing telah berdaftar dan mencarum Skim Bencana Kerja Pekerja Asing (SBKPA) melalui PERKESO.
C. Permohonan eSP
28. Bolehkah permohonan pelanjutan bagi PL (KS) yang telah tamat tempoh?
Tidak boleh. Majikan perlu menghantar permohonan eSP terlebih dahulu dengan menekan butang yang disediakan sebelum meneruskan pelanjutan PL (KS).
29. Berapakah tempoh tamat pas yang layak bagi permohonan eSP?
Tempoh pas PLKS atau Pas Khas yang telah tamat kurang 30 hari dari tarikh tamat pas layak memohon eSP. Butang eSP akan aktif secara auto sekiranya layak.
30. Apakah alasan yang dibenarkan untuk memohon eSP?
Alasan sebab yang dibenarkan untuk memohon eSP adalah:
i. Persiapan pulang ke negara asal – Making Arrangement to Leave the Country
ii. Penangguhan laporan pemeriksaan kesihatan – Pending of Medical Report
iii. Penangguhan pembaharuan passport baru – Pending Renewal Passport
iv. Penangguhan kelulusan KDN (Pengawal Keselamatan) – Pending of KDN Approval
v. Penangguhan pertimbangan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) – Pending Decision of Visit Pass Temporary Employment (VPTE)
31. Berapa kali permohonan eSP dibenarkan melalui Sistem ePLKS@JIM?
Tiada had permohonan eSP yang dibenarkan bagi yang layak mohon.
B. Permohonan eCOM
32. Majikan ingin menamatkan perkhidmatan PA/PRA, apakah perlu dilakukan sebelum menghantar PA/PRA pulang ke negara asal?
Majikan perlu mengemukakan permohonan eCOM di dalam sistem ePLKS@JIM
33. Apakah dokumen yang diperlukan untuk mohon eCOM?
Majikan perlu mengemukakan tiket penerbangan pulang dan pastikan tarikh jangka keluar tidak melebihi tarikh tamat pas.
34. Adakah sebarang pembayaran yang dikenakan keatas majikan bagi permohonan eCOM PA/PRA?
Tiada sebarang pembayaran yang dikenakan ke atas majikan.
35. Sekiranya PA/PRA ingin kembali bekerja semula dengan majikan setelah eCOM telah disemak oleh pegawai, apakah tindakan yang boleh dilakukan?
Majikan perlu mengemukakan permohonan pembatalan eCOM dengan merujuk ke Pejabat Imigresen Negeri untuk tindakan selanjutnya.
DOKUMEN
36. Apakah dokumen yang diperlu muat naik semasa permohonan lanjutan di ePLKS@JIM dilakukan?
Pekerja Asing (PA) Pelbagai Sektor
a. Muka surat biodata passport
b. PL(KS) terkini
c. Pas Khas (Jika ada)
d. SPIKPA (Kecuali sektor Perladangan)
e. Surat KK KDN (sektor Pengawal Keselamatan)
Pembantu Rumah Asing (PRA)
a. Muka surat biodata passport
b. PLKS terkini
c. Pas Khas (Jika ada)
37. Apakah dokumen yang diperlu muat naik semasa permohonan eSP bagi PA/PRA di ePLKS@JIM dilakukan?
Pekerja Asing (PA) Pelbagai Sektor
a. Muka Surat Biodata Pasport (Mandatori)
b. Tiket Penerbangan (Making Arrangement to Leave the Country)
c. Surat KDN (Pending KDN Approval)
d. Surat Kedutaan (Pending Renewal Passport)
Pembantu Rumah Asing (PRA)
a. Muka Surat Biodata Pasport (Mandatori)
b. Tiket Penerbangan (Making Arrangement to Leave the Country)
c. Surat Kedutaan (Pending Renewal Passport))
38. Apakah dokumen yang diperlu muat naik semasa permohonan eCOM bagi PA/PRA di ePLKS@JIM dilakukan?
Pekerja Asing (PA) Pelbagai Sektor
a. Salinan Passport
b. Salinan Tiket Penerbangan
Pembantu Rumah Asing (PRA)
a. Salinan Passport
b. Salinan Tiket Penerbangan
39. Apakah saiz dan format dokumen yang boleh dimuat naik?
Saiz dokumen tidak melebihi 250kb bagi setiap dokumen dan format yang dibenarkan hanya JPEG, PNG dan PDF sahaja.
40. Bagaimana cara untuk mengecilkan saiz(resize) dokumen yang dimuat naik?
Menggunakan perisian sedia ada pada Windows seperti Microsoft Office – Picture Manager atau aplikasi yang bersesuaian.
41. Apakah yang perlu dilakukan oleh majikan sekiranya dokumen yang dimuat naik tidak jelas atau tidak dapat dibaca?
Majikan perlu imbas semula dokumen tersebut.(Kegagalan menyediakan dokumen yang jelas / boleh dibaca menyebabkan permohonan ditolak)
42. Adakah majikan perlu memuat naik dokumen setiap pekerja?
Ya. Majikan perlu menyediakan dan memuat naik dokumen untuk setiap pekerja yang dimohon.
43. Adakah majikan boleh mengemaskini dokumen yang dimuat naik sebelum dihantar untuk kelulusan oleh pihak JIM?
Ya, Majikan boleh mengemaskini dokumen sebelum dihantar untuk kelulusan JIM.
44. Adakah majikan boleh menghantar permohonan sekiranya dokumen tidak mencukupi?
Tidak. Sistem tidak akan membenarkan proses permohonan untuk dihantar jika dokumen tidak mencukupi.
45. Apakah tindakan selanjutnya sekiranya majikan menghadapi masalah semasa memuat naik dokumen?
Sila berhubung dengan Call Center @ pejabat JIM Negeri terdekat
KELULUSAN
46. Berapa lama tempoh kelulusan yang diambil selepas permohonan dihantar?
Keputusan permohonan akan diketahui dalam tempoh 3 - 5 hari bekerja.
47. Bagaimana keputusan akan diberitahu?
Emel notifikasi keputusan akan dihantar ke alamat emel majikan yang berdaftar.
48. Kenapa permohonan lanjutan ditolak?
a. Dokumen yang dimuat naik tidak lengkap/jelas.
b. Maklumat tidak sepadan.
49. Apakah tindakan yang majikan perlu lakukan sekiranya permohonan ditolak?
Ikuti arahan yang tertera dalam notifikasi yang dihantar melalui emel atau hubungi Call Centre.
50. Bolehkah majikan menghantar semula permohonan lanjutan selepas ditolak?
Boleh dengan syarat pas PL(KS) masih sah berlaku.
51. Apakah tindakan majikan selepas permohonan diluluskan?
a. Pelanjutan PL (KS)
Majikan perlu menjelaskan pembayaran secara atas talian dalam tempoh 30 hari dari tarikh kelulusan melalui link yang disertakan dalam notifikasi kelulusan atau terus ke menu Semakan Permohonan PLKS di dalam portal Sistem ePLKS@JIM.
b. Permohonan eSP
Majikan perlu menjelaskan pembayaran secara atas talian dalam tempoh 07 hari dari tarikh kelulusan melalui link yang disertakan dalam notifikasi kelulusan atau terus ke portal Sistem eBayaran https://imigresen-online.imi.gov.my/myimms/main
c. Permohonan eCOM
Notifikasi semakan eCOM dihantar kepada emel majikan dan sekiranya lengkap, majikan boleh terus mencetak salinan eCOM di menu Semakan Permohonan eCOM.
BAYARAN
52. Apakah akaun B2C dan B2B?
Akaun B2C (Business to Consumer) adalah merujuk kepada akaun persendirian manakala akaun B2B (Business to Business) adalah akaun korporat.
53. Berapakah had transaksi akaun B2C dan B2B?
Akaun B2C mempunyai had transaksi minimum RM1 sehingga maksimum RM30,000.
Akaun B2B mempunyai had transaksi minimum RM2 sehingga maksimum RM1,000,000.
54. Adakah bayaran secara manual masih boleh dilakukan?
Tidak boleh. Semua pembayaran perlu dijelaskan secara atas talian sahaja.
55. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya sistem ePLKS mengalami masalah dan pembayaran atas talian terganggu atau tidak Berjaya?
Pihak Jabatan Imigresen Malaysia akan mengumumkan di laman web sekiranya berlaku sebarang gangguan pada sistem ePLKS atau pada FPX.
Sebarang masalah berkaitan pembayaran boleh dilaporkan melalui talian hotline Call Centre atau Pejabat Imigresen Negeri.
56. Bagaimanakah langkah proses pembayaran secara B2C dan B2B atas talian berlaku?
Proses pembayaran secara B2C adalah pembayaran secara terus dari akaun pengguna tanpa memerlukan sebarang pengesahan.
Proses pembayaran secara B2B melibatkan dua peringkat kelulusan/pengesahan dari pihak pembayar. Proses pembayaran secara B2B adalah tertakluk kepada tetapan Bank Negara Malaysia.
Pembayaran B2B melibatkan dua peringkat personnel dari pemegang:
- MAKER (pemohon)
- AUTHORIZER (bahagian kewangan/majikan)
57. Bagaimana sekiranya pengguna memilih jenis akaun yang salah semasa melakukan bayaran?
Sekiranya pengguna memiliki akaun persendirian (B2C) tetapi memilih akaun korporat (B2B) semasa melakukan bayaran, transaksi bayaran tidak akan berjaya sehingga akaun yang betul dipilih.
58. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya amaun bayaran di akaun bank telah ditolak tetapi status permohonan masih belum bayar?
Sila hubungi bahagian Help Desk dengan memberi maklumat seperti berikut:
- Tarikh dan masa bayaran
- FPX Transaction ID
- Merchant Order No
- Amaun bayaran
Kesemua maklumat ini boleh didapati di dalam email yang dihantar oleh FPX kepada pengguna
CETAKAN DAN SERAHAN
59. Selepas membuat pembayaran, apakah yang perlu saya lakukan?
a. Pelanjutan PL (KS)
Majikan perlu merujuk ke Pejabat Imigresen Negeri mengikut alamat tempat bekerja yang didaftarkan bagi membuat permohonan cetakan pelekat PL (KS).
b. Permohonan eSP
Majikan boleh terus mencetak Cetakan eSP di menu Semakan Permohonan eSP. Paparan tindakan disenarai rekod PA/PRA untuk cetak eSP akan dipaparkan. Cetakan eSP dibenarkan dicetak dalam 2 salinan. Majikan perlu memastikan salinan cetakan eSP tersebut sentiasa berada di dalam passport PA/PRA bagi tujuan rujukan dan pemeriksaan penguatkuasaan.
c. Permohonan eCOM
Majikan boleh terus mencetak Cetakan eCOM di menu Semakan Permohonan eCOM. Paparan tindakan disenarai rekod PA/PRA untuk cetak eCOM akan dipaparkan. Cetakan eCOM dibenarkan dicetak dalam 2 salinan. Majikan perlu memastikan salinan cetakan eCOM tersebut sentiasa berada di dalam passport PA/PRA bagi tujuan pemeriksaan di pintu keluar.
60. Apakah dokumen yang perlu majikan bawa bagi permohonan cetakan pelekat lanjutan PL (KS)?
Pekerja Asing (PA) Pelbagai Sektor
a. Surat Kelulusan
b. Resit bayaran
c. Pasport asal
d. Surat wakil majikan
Pembantu Rumah Asing (PRA)
a. Resit bayaran
b. Pasport asal
c. Surat permohonan agensi/majikan
61. Berapa lama tempoh untuk mendapatkan pelekat PL (KS)?
Proses permohonan cetakan pelekat PL (KS) adalah dalam tempoh 1 - 3 hari bekerja.
62. Adakah saya sebagai majikan perlu hadir sendiri untuk mengambil pelekat PL (KS)?
Ya, majikan dibenarkan hadir untuk mengemukakan permohonan cetakan pelekat PL (KS).
63. Bolehkah saya menghantar wakil?
Boleh. Wakil majikan yang berdaftar untuk mewakili majikan dengan mengemukakan surat wakil / surat kuasa semasa membuat permohonan.
64. Dimanakah saya boleh mengambil PL (KS) yang siap dicetak?
Majikan atau wakil majikan perlu merujuk ke kaunter serahan Pejabat Imigresen Negeri yang meluluskan permohonan pelanjutan PL (KS).
65. Saya beralamat di Muar, bolehkah saya dapatkan pelekat di Melaka?
Tidak boleh. Majikan perlu merujuk ke Pejabat Imigresen Negeri yang meluluskan permohonan pelanjutan PL (KS) mengikut alamat lokasi bekerja yang didaftarkan.